Kerajaan pertimbang naik denda pencemaran sungai RM10 juta, 15 tahun penjara

0
318
Tuan Ibrahim Tuan Man

CYBERJAYA – Individu atau syarikat yang terlibat dalam kesalahan pencemaran air dan alam sekitar bakal berdepan denda sehingga RM10 juta.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pelaksanaan denda bagi menggantikan jumlah denda RM100,000 itu sedang dikaji oleh kementeriannya bagi mencegah kejadian pencemaran air.

Bagaimanapun katanya, kerajaan pada masa ini tidak bercadang untuk meminda akta alam sekitar untuk mengenakan hukumam penjara mandatori kepada pesalah.

“Setakat ini hukuman yang kita ada adalah hukuman denda RM100,000 dan kita bercadang untuk meningkatkan sehingga RM10 juta.

“Bagi hukuman penjara setahun pula kita sedang kaji untuk tambah kepada 15 tahun,” katanya dipetik Sinar Harian dalam jawapan balas di Dewan Rakyat hari ini .

Pelaksanaan hukuman yang lebih berat itu dirasakan memadai untuk mencegah aktiviti pencemaran sumber air pada ketika ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here