Kilang, premis haram dibina berhampiran sungai dirobohkan

0
624
Kerja-kerja merobohkan kilang haram yang dilakukan hari ini

CYBERJAYA – Satu operasi merobohkan kilang dan premis haram yang dibangunkan tanpa kebenaran di atas tanah kerajaan dan rizab lembangan sungai dilakukan oleh pelbagai agensi penguatkuasa hari ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Aminudin Shari yang berkongsi perkara itu dalam laman Facebook miliknya berkata, tindakan itu diambil oleh Majlis Perbandaran Selayang Pejabat Daerah dan Tanah Gombak, Jabatan Alam Sekitar serta pelbagai agensi kerajaan.

“Operasi perobohan ini akan diteruskan lagi bagi menangani pencemaran yang berlaku di lembangan Sungai Selangor,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, katanya, kerajaan negeri tidak akan berkompromi dan akan terus mengambil tindakan tegas kepada para pencemar dan kilang tanpa kebenaran.

Kilang haram yang didirikan berhampiran sungai

Sebelum ini beberapa insiden pencemaran air yang berlaku di Sungai Selangor oleh kilang haram yang dibina berhampiran sungai telah membangkitkan kemarahan orang ramai.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here