Korea Selatan: Kes harian Covid-19 kembali lepasi 200

0
53
GAMBAR HIASAN

SEOUL – Korea Selatan melaporkan sebanyak 205 kes positif baharu Covid-19 pada hari Jumaat, kali pertama angka kes baharu melepasi 200 sejak September lalu.

Menurut Reuters, angka itu diumumkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KCDC), tengah malam tadi.

Kata KCDC, 166 daripada angka yang dilaporkan adalah akibat penularan tempatan, manakala selebihnya dalah kes import.

Dalam pada itu, lebih 65 peratus daripada kes tempatan yang dilaporkan, berasal daripada Seoul dan wilayah Gyeonggi.

Sementara itu, pihak berkuasa tempatan mula mendenda individu yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat kunjungan orang ramai, semalam.

Individu yang tidak memakai pelitup muka di kelab malam, pasar raya, taman tema dan kedai gunting rambut akan didenda sebanyak 100,000 won (RM372) manakala operator lokasi tersebut boleh didenda sehingga 3 juta won (RM11,158).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here