KWSP benarkan pengeluaran daripada Akaun 1 sehingga RM60,000 pada yang layak dan terjejas

0
2516

CYBERJAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengumumkan kebenaran untuk pengeluaran simpanan daripada Akaun 1, i-Sinar kepada dua juta ahlinya yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji dan tidak mempunyai sumber pendapatan.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, pengeluaran yang dibenarkan adalah sebanyak 10 peratus daripada jumlah Akaun 1 ahli.

Kenyataan tersebut menyebut, bagi ahli yang mempunyai simpanan persaraan dalam Akaun 1 melebihi RM90,000, akses pendahuluan yang dibenarkan adalah sebanyak 10 peratus daripada nilai simpanan, dengan jumlah maksimum dihadkan pada RM60,000.

Sementara itu, katanya, bagi ahli yang mempunyai simpanan dalam Akaun 1 bawah RM90,000, jumlah maksimum yang dihadkan adalah sebanyak RM9,000.

“i-Sinar akan memberi manfaat kepada 2 juta ahli yang layak dan dianggarkan sejumlah RM14 bilion akan tersedia untuk ahli yang layak,” kata KWSP.

Walaubagaimanapun, ahli yang memilih untuk memohon kemudahan i-Sinar perlu menggantikan amaun yang telah didahulukan, dengan caruman baharu akan dikreditkan 100 peratus ke dalam Akaun 1 sehingga amaun pendahuluan yang diterima telah digantikan semula.

“Selepas itu, caruman akan kembali ke kadar pecahan asal iaitu 70 peratus bagi Akaun 1 dan 30 peratus bagi Akaun 2,” tambah KWSP lagi.

Permohonan akan mula dibuka mulai Disember depan bagi ahli yang layak, dengan amaun yang dipohon akan dikreditkan ke dalam akaun bank mulai Januari 2021. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here