KWSP digesa benarkan juga pekerja yang terkesan keluarkan wang Akaun 1

0
440
Datuk Seri Najib Tun Razak

CYBERJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa supaya Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memperluaskan permohonan untuk mengeluarkan wang menerusi l skim i-Sinar kepada golongan yang masih mempunyai pekerjaan tetapi pendapatannya telah turun mendadak akibat Covid-19.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, KWSP boleh mempertimbangkan untuk membuka permohonan skim i-Sinar kepada sesiapa yang mengaku pendapatan bulanan mereka telah turun 20 peratus atau lebih akibat Covid-19.

“KWSP perlu faham bahawa kita tidak boleh sasar kepada mereka yang hilang kerja sahaja tetapi golongan paling besar ialah mereka yang pendapatan bulanan mereka berkurang akibat gaji dipotong, service points/komisyen berkurang serta jumlah hari bekerja atau kerja lebih masa (OT) dipotong.

“Ramai tak boleh hidup dengan bergantung kepada gaji basic sahaja,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya hari ini.

Semalam, KWSP mengumumkan kebenaran untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1 sehingga RM60,000 kepada mereka yang layak.

Antara syarat kelayakan untuk skim itu hanya untuk mereka yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji atau sudah tiada sumber pendapatan.

Dalam pada itu Najib berkata, menerusi langkah yang dicadangkannya itu juga dapat mengelakkan pekerja membuat tindakan tidak sewajarnya semata-mata untuk mendapatkan wang tersebut.

“Jangan sampai ramai yang sengaja berhenti kerja atau sengaja dibuang kerja sebab mereka mahu layak untuk memohon skim i-Sinar,” sindirnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here