Lagi gangguan bekalan air libatkan 27 kawasan di Selangor

0
330

KUALA LUMPUR – Air Selangor mengumumkan gangguan bekalan air berjadual bermula 9 malam 24 November sehingga 5.30 petang keesokan harinya di 27 kawasan di wilayah Kuala Langat dan Sepang, Selangor.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, gangguan bekalan air itu berikutan kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama yang akan dilaksanakan bermula jam 9.00 malam, 24 November ini.

Katanya, pelaksanaan kerja-kerja penggantian injap di paip agihan itu akan membolehkan sistem pengagihan bekalan air berjalan lancar dan semua peralatan berkaitan sentiasa berada dalam keadaan baik dan optimum.

“Penambah baikan infrastruktur injap ini juga adalah sebahagian usaha Air Selangor meningkatkan pengalaman perkhidmatan demi keselesaan pengguna di masa hadapan.

“Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air adalah berbeza mengikut kawasan bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan,” katanya dalam kenyataan dipetik Bernama hari ini.

Berdasarkan lampiran yang disediakan Air Selangor, kawasan bakal terjejas di wilayah Kuala Langat adalah Kampung Kudang, Tanjung Sepat New Village, Taman Pelangi, Taman Tanjung Sepat Indah, Ladang Bedford dan Kampung Tanjung Layang.

Kawasan lain di wilayah Kuala Langat yang bakal terjejas ialah Kuarters Estate Gadong, Kampung Batu Laut, Ladang Batu, Kampung Orang Asli Tanjung Sepat, Kampung Tanjung Sepat Darat, Berek Polis Tanjung Sepat, Kampung Batu Untung, Taman Batu Untung, Taman Tanjung, Taman Mutiara, Kampung Tumbuk dan Taman Kanchong Laut.

Bagi wilayah Sepang pula ia melibatkan Kampung Bukit Bangkong, Kampung Orang Asli Bukit Bangkong, Kem PKLS Hazliza Ulu Teris, Kampung Hulu Teris, Tanjung Rhu, Taman Seri Sungai Pelek, Kampung Ulu Chuchoh, Pekan Sungai Pelek dan Kampung Baru Sungai Pelek.

Sehubungan itu, Air Selangor menasihatkan para pengguna yang terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual itu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web Air Selangor di www.airselangor.com atau rujuk kesemua saluran komunikasi rasmi syarikat itu seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter, atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here