Laman web KWSP sedang diselenggara

0
175


CYBERJAYA- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebentar tadi memaklumkam laman web rasminya ketika ini sedang diselenggara.


Ia berlaku dipercayai kerana akses yang tinggi selepas orang ramai ingin mendapatkan maklumat berhubung prosedur pengeluaran i-Sinar.

Kerajaan hari ini mengumumkan Program i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diperluaskan kepada semua ahli yang menghadapi masalah kewangan. 

Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, seramai lapan juta pencarum KWSP layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here