LRA Rantau Panjang kembali beroperasi, tiada kawasan terputus bekalan air

0
103
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari

CYBERJAYA – Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang yang terpaksa dihenti tugas pada pukul 7.10 petang tadi selepas berlaku pencemaran bau seperti solvent kini kembali beroperasi semula.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, loji tersebut mula beroperasi semula pada pukul 9.30 malam tadi setelah isu pencemaran yang dikesan telah berjaya diselesaikan dan mencapai tahap 0 Ton.

“Tiada gangguan bekalan air kepada para pengguna kerana loji hanya dihenti tugas selama beberapa jam sahaja,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya sebentar tadi.

Terdahulu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerima laporan daripada pihak Air Selangor berkenaan pencemaran bau tersebut dengan bacaan 1 ton di muka sauk LRA Rantau Panjang pada pukul 7 petang tadi.

Berikutan itu, LRA tersebut terpaksa dihenti tugas sementara waktu.

Sementara itu, LUAS dalam satu kenyataan berasingan berkata, siasatan masih dijalankan berhubung pencemaran bau itu.

Katanya, sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here