Lunch Padu RM5 diperluas ke KL, Taman Putra Perdana

0
625

PUCHONG – Selepas menerima sambutan hangat di Cyberjaya, set menu Lunch Padu RM5 anjuran Malakat Mall hari ini diperluaskan ke dua lagi lokasi iaitu di Taman Putra Perdana di sini dan KL Sentral, Kuala Lumpur.

Jualan nasi dengan pelbagai pilihan lauk makan tengahari yang bermula dari pukul 11.30 pagi sehingga 3 petang itu mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.

Dengan hanya membayar RM5, pelanggan boleh mendapatkan nasi putih, sayur dan pilihan lauk ayam atau ikan dengan pelbagai masakan seperti masak lemak, masak merah, kari dan cili berempah.

Tawaran harga istimewa untuk set ‘tapau’ itu merupakan sebahagian daripada usaha Malakat Mall membantu orang ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Menu makan tengahari yang ditawarkan pada harga RM5.
Kakitangan Malakat Grocer menunjukkan menu Lunch Padu RM5 di depan premis Malakat Grocer, Taman Putra Perdana, Puchong.
Orang ramai beratur untuk membeli set Lunch Padu RM5 di KL Sentral yang ditawarkan Malakat Mall bermula hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Makanan dan Minuman (F&B) Malakat Mall, Aziz Juhari berkata, sebagai memenuhi permintaan pelanggan dan penyokong perniagaan Malakat Mall, pihaknya memperluaskan promosi harga bajet itu ke Taman Putra Perdana dan KL Sentral.

“Promosi Lunch Padu RM5 ini adalah ‘hadiah’ kami kepada penduduk di sekitar Malakat Grocer di Putra Perdana (cawangan) dan untuk meringankan beban warga kota di sekitar KL Sentral.

“Kami harap usaha ini dapat membantu mengurangkan beban perbelanjaan orang ramai ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini,” katanya.

Jualan Lunch Padu RM5 di tiga lokasi iaitu Malakat Mall, Cyberjaya; Malakat Grocer Taman Putra Perdana dan di KL Sentral boleh didapati setiap hari bermula Isnin hingga Jumaat dari pukul 11.30 pagi hingga 3 petang. -MT

Jualan Lunch Padu di depan Malakat Grocer, Taman Putra Perdana, Puchong.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here