[VIDEO] Malakat Express buka kiosk berkonsepkan makanan dan minuman pertama di KL Sentral

0
1647
Malakat Express
Coach Fadzil (dua dari kiri) bersama pengurusan Malakat Food dan Malakat Mall sempena pembukaan kisok pertama Malakat Express di KL Sentral hari ini

KUALA LUMPUR – Selepas berjaya membangunkan jenama Malakat Mall dan Malakat Grocer 812, pengasas kepada kedua-dua jenama tersebut, Mohd. Fadzil Hashim meneroka pasaran baharu pula dengan mewujudkan kiosk pertama Malakat Express di KL Sentral, di sini hari ini.

Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, Malakat Express versi pertama itu menawarkan jenama minuman segera berasaskan teh, Tea Amo dan Red Hot iaitu hotdog mengikut citarasa Amerika.

Malakat Express di KL Sentral!

“Tea Amo merupakan satu jenama teh boba yang unik kerana ia mengabungkan taufufa di dalamnya dan rasanya memang tidak boleh dijumpa di tempat lain,” katanya kepada Malakat Tribune.

Terdahulu, beliau merasmikan cawangan pertama Malakat Express oleh Malakat Food Sdn Bhd (Malakat Food) yang terletak di bahagian belakang bangunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan bersebelahan Brainy Bunch KL Sentral.

Orang ramai beratur untuk mendapatkan air minuman jenama Tea Amo sempena promosi pembukaannya hari ini

Dalam pada itu, menurut Pengurus jenama Tea Amo, Achmad An-Nur Iqbal Nasir, sempena pembukaan kiosk baharu itu, pihaknya menawarkan promosi beli dua air minuman Tea Amo dan percuma satu taufa puding.

“Antara menu terbaik yang kami sediakan termasuk Taufa Brown Sugar Pearl, Taufa Royal Milk Tea, Mango Taufa, Mango strawberry, Chocolate Milk, Hazelnut Milk Tea, dan Rose Milk Taufa Brown Sugar,” katanya.

Peminat hotdog jenama Red Hots kini boleh mendapatkan menu istimewa itu di Malakat Express KL Sentral

Sementara itu, Pengurus Perkhidmatan Segera Restoran Malakat Food, Norfarahani Mohd Sharif berkata, Red Hot yang menyediakan hotdog mengikut citarasa Amerika menawarkan menu dengan harga bermula RM9.50.

Norfarahani berkata, sempena promosi pembukaan kiosk tersebut, pihaknya menyediakan promosi potongan harga untuk set makanan tengah hari pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 12 hingga 2 petang.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here