Malakat Express tawar pakej mampu milik perniagaan kiosk Tea Amo, Red Hots

0
377
Malakat Express
Antara menu istimewa yang terdapat di cawangan pertama Malakat Express di KL Sentral di sini

KUALA LUMPUR – Malakat Express by Malakat Food Sdn Bhd (Malakat Food) menawarkan pakej harga mampu milik kepada usahawan tempatan untuk memiliki dan memulakan perniagaan kiosk berkonsepkan makanan dan minuman berasaskan teh boba.

Pengasas jenama tersebut, Mohd. Fadzil Hashim berkata, Malakat Express menawarkan menu makanan hotdogs citarasa Amerika jenama Red Hots dan teh boba jenama Tea Amo.

Beliau berkata, konsep perniagaan tersebut sangat mudah untuk dimulakan dan tidak memerlukan modal terlalu tinggi berbanding jenama lain yang terdapat di pasaran.

“Dalam perniagaan yang saya terlibat, bisnes ini paling mudah kerana penyediaan bahan semua dibuat di lokasi dan hendak mulakan perniagaan ini pun mudah.

“Selepas ini, kita akan membuka permohonan dan kita akan umumkan nanti. Sasaran kita pada bulan ini ialah untuk membuka lima kiosk, salah satu ialah Tea Amo dan Red Hots,” katanya kepada Malakat Tribune hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan cawangan pertama Malakat Express yang terletak di bahagian belakang bangunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan bersebelahan Brainy Bunch KL Sentral di sini.

Mohd Fadzil yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, kiosk tersebut boleh dibuka di mana-mana lokasi tumpuan orang ramai namun, kosnya mungkin meningkat jika dibuka dalam pusat beli belah.

“Saya nak bagi idea paling mudah, usahawan boleh ‘approach’ stesen minyak Shell sebab mereka boleh membuat keputusan sendiri untuk memasukkan jenama ini dan pada masa sama, kebanyakan stesen minyak ini masih belum ada kiosk jenama teh boba.

“Jenama lain kalau hendak buka, kosnya mungkin mencecah RM400,000 tapi jenama ini jauh lebih murah. Kalau bab kualiti pula kita memang setanding dan boleh lawan jenama lain,” katanya.

Menurut Coach Fadzil, istimewanya air teh jenama tersebut ialah teh boba dicampur bersama taufufa dan menu itu tidak terdapat di kedai-kedai lain.

Beliau berkata, antara menu terbaik yang disediakan oleh Tea Amo ialah Taufa Brown Sugar Pearl, Taufa Royal Milk Tea, Mango Taufa, Mango strawberry, Chocolate Milk, Hazelnut Milk Tea, dan Rose Milk Taufa Brown Sugar.

Sementara itu, mengulas mengenai permintaan untuk membuka pasar raya Malakat Grocer 812, katanya, setakat ini pihaknya telah menerima sebanyak 250 tawaran daripada usahawan BMF tempatan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here