Malakat Grocer teruskan bantuan golongan B40

0
252
Pihak pengurusan Masjid Taman Putra Perdana bersama sebahagian penerima sumbangan bantuan Malakat Grocer 812 di sini hari ini.

PUCHONG – Malakat Grocer 812 meneruskan program sumbangan barang keperluan kepada golongan asnaf dan B40 yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Agihan sumbangan berupa minyak masak, telur, susu dan barang-barang makanan lain itu disampaikan melalui program kerjasama dengan biro Kebajikan Masjid Taman Putra Perdana hari ini.

Nazir Masjid merangkap Ketua Amil Kariah Taman Putra Perdana, Mohd Thalji Ahmad Bakary berkata, sumbangan daripada pihak Malakat Grocer 812 kali ini merupakan kerjasama kali kedua selepas program musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

“Alhamdulillah, kami masih diberi peluang untuk terus bekerjasama dengan Malakat Grocer 812 bagi menyediakan barang-barang untuk disumbangkan kepada golongan memerlukan.

“Agihan barang bantuan untuk golongan asnaf dan yang terkesan akibat PKPB ini mula dibahagikan sejak semalam kepada ahli-ahli kariah masjid,” katanya.

Sebahagian penerima sumbangan bantuan Malakat Grocer 812 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis sumbangan kepada penduduk di sekitar Taman Putra Perdana hari ini.

Turut hadir Setiausaha Masjid Taman Putra Perdana,
Megat Mohd. Saleh Mohd Arshad dan Ketua Biro Kebajikan Khidmat Nasihat dan Kaunseling, Rusnizam Abu Bakar.

Mohd Thalji yang memujikan langkah Malakat Grocer 812 itu berkata, lebih banyak pihak terutama dari sektor swasta perlu tampil memberi sumbangan atau bekerjasama dengan masjid untuk tujuan yang sama.

“Kalau mahu diharapkan tabung masjid semata-mata mungkin ada yang tidak cukup. Jadi sumbangan daripada sektor swasta diharap dapat membantu meringankan beban mereka yang terjejas pendapatan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here