Malaysia dan Singapura adakan rundingan buka pintu sempadan

0
150


CYBERJAYA- Kementerian Luar sedang melakukan rundingan dengan kerajaan Singapura mengenai cadangan untuk membuka pintu sempadan.


Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut bagi membenarkan rakyat Malaysia berulang-alik dari Johor ke republik itu untuk bekerja.


Beliau berkata, cadangan prosedur operasi standard (SOP) berhubung perkara itu telah pun disiapkan oleh kerajaan Johor bersama Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk diteliti oleh Kementerian Kesihatan.


“Saya difahamkan hampir 200,000 rakyat kita yang bekerja di Singapura berulang-alik menggunakan motosikal dan sebagainya.

Perkara ini masih dirundingkan oleh Kementerian Luar kerana ia melibatkan kerjasama dua hala antara Malaysia dan Singapura.


“Kementerian Kesihatan akan berbincang dengan Kementerian Kesihatan di Singapura berhubung cadangan SOP tersebut dan selepas ada persetujuan, barulah Kementerian Luar (Malaysia dan Singapura) akan berbincang dari segi kebenaran untuk berulang-alik,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here