Malaysia dijangka terima vaksin Pfizer mulai awal 2021

0
136

PUTRAJAYA – Kerajaan telah menandatangani perjanjian pembelian awal vaksin Covid-19 bagi negara mendapatkan 12.8 juta dos daripada syarikat Pfizer.

Kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui perjanjian itu, Pfizer juga telah menjanjikan penghantaran sebanyak 1 juta dos vaksin pada suku pertama tahun 2021.

“Ini disusuli dengan 1.7 juta dos pada suku tahun kedua, 5.8 juta dos pada suku tahun ketiga dan seterusnya 4.3 juta dos pada suku tahun keempat,” kata Muhyiddin dalam satu sidang akhbar yang diadakan secara maya, sebentar tadi.

Jumlah vaksin tersebut akan dapat memenuhi keperluan imunisasi untuk 20 peratus atau 6.4 juta rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, Pfizer masih perlu mendapatkan kelulusan daripada Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) dan kelulusan regulatori dari negara pengeluar, sebelum vaksin tersebut boleh diedarkan.

“Mereka juga perlu mendapat kelulusan dari Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum vaksin ini boleh digunakan di Malaysia,” tambah Muhyiddin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here