Malaysia meterai RCEP selepas 8 tahun berbincang

0
198
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan pemeteraian perjanjian RCEP yang ditandatangani oleh Datuk Seri Mohamed Azmin Ali

CYBERJAYA – Malaysia hari ini memeterai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) selepas perbincangan yang mengambil masa lapan tahun sejak tahun 2013.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, upacara pemeteraian perjanjian bersejarah itu ditandatangani oleh Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali selepas Sidang Kemuncak RCEP ke-4 secara maya.

“Perjanjian ini dijangka meningkatkan integrasi ekonomi serantau, mempromosikan aliran pelaburan dan memperkuat rantaian bekalan global.

“Malaysia, bersama ASEAN dan rakan perjanjian perdagangan bebas (FTA), ingin menunjukkan kepada dunia bahawa 15 buah negara dapat bersatu untuk membuat perjanjian perdagangan yang akan saling menguntungkan walaupun dengan tahap pembangunan ekonomi yang berbeza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, FTA juga adalah jalan terbaik untuk membantu mempertahankan daya saing melalui promosi perdagangan antarabangsa, mendorong pelaburan dan memastikan pembangunan modal insan yang berterusan.

“Kerajaan juga yakin bahawa Perjanjian RCEP sangat penting buat rantau ini menangani dan mengurus pandemik Covid-19 serta boleh membantu negara-negara ahli melakukan pemulihan ekonomi,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here