
BEUNOS AIRES – Legenda bola sepak Argentina dan dunia, Diego Maradona selamat menjalani pembedahan akibat pendarahan di otak, di sebuah klinik di Beunos Aires, Argentina semalam.
Memetik laporan CNN, Maradona yang bakal menyambut ulang tahun ke-60 tidak lama lagi menjalani pembedahan itu di Klinik Olivos oleh sekumpulan pakar bedah.
Menurut doktor peribadinya, Leopoldo Luque, prosedur pembedahan itu berjalan dengan baik dan Maradona kini sudah mula sedar.
Luque berkata, legenda Argentina itu dimasukkan ke wad di klinik La Plata pada Isnin lalu sebelum dipindahkan ke Klinik Olivos untuk dibedah.
Mengulas lanjut, Luque berkata, pakar perubatan akan terus memantau keadaan kesihatan Maradona untuk beberapa hari lagi.
Maradona yang mengetuai skuad Argentina ketika memenangi Piala Dunia 1986 akan berehat di biliknya di klinik swasta itu untuk sekurang-kurangnya untuk tempoh 48 jam.-MT