Maritim Malaysia anjur bengkel bersama pihak berkuasa antarabangsa

0
136
Bengkel agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia dan beberapa buah negara yang terlibat dalam bengkel di Suruhanjaya Tinggi Australia, Kuala Lumpur, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Australian Border Forces (ABF) baru-baru ini menganjurkan bengkel secara maya bertempat di Suruhanjaya Tinggi Australia, Kuala Lumpur.

Bengkel memfokuskan polisi dan aspek latihan berkaitan Prosedur Operasi Standard dalam menjalankan tugas penguatkuasaan di laut dan pematuhan Rules Of Engagement (ROE) semasa berdepan dengan ancaman musuh.

Perbincangan turut melibatkan beberapa Pegawai daripada Pasukan Pengawal Pantai yang berpengalaman iaitu United State Coast Guard (USCG) dan Japan Coast Guard (JCG).

Sesi perkongsian pasukan penguatkuasaan pantai terbaik dunia itu turut memberi penekanan kepada amalan terbaik dalam mengekalkan ketenteraman kawasan perairan disamping pematuhan undang-undang antarabangsa.

Bengkel agensi penguatkuasaan Maritim Malaysia dan beberapa buah negara yang terlibat dalam bengkel di Suruhanjaya Tinggi Australia, Kuala Lumpur, kelmarin.
Bengkel secara maya melibatkan anggota penguatkuasaan Maritim Malaysia dan beberapa buah negara yang terlibat dalam bengkel di Suruhanjaya Tinggi Australia, Kuala Lumpur, kelmarin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here