Muka sauk LRA Rantau Panjang pula tercemar, LRA terpaksa dihenti tugas

0
395
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas pada pukul 7.10 petang tadi selepas berlaku pencemaran bau seperti solvent.

Menurut Lembaga Urus Air Selangor (LUAS),
pihaknya menerima laporan daripada pihak Air Selangor berkenaan pencemaran bau tersebut dengan bacaan 1 ton di muka sauk LRA Rantau Panjang pada pukul 7 petang tadi.

“LUAS, AIR Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera.

“Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook miliknya sebentar tadi.

Minggu lalu, hampir dua juga pengguna terputus bekalan air selepas LRA yang sama dihenti tugas selepas berlaku pencemaran bau di Sungai Selangor.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here