Mukim 12 Barat Daya, Pulau Pinang dikenakan PKPB

0
269
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

CYBERJAYA – Berkuat kuasa Jumaat ini, Mukim 12 daerah Barat Daya Pulau Pinang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB itu akan berkuat kuasa sehingga 19 November ini.

Beliau berkata, keputusan melaksanakan PKPB di daerah tersebut dibuat atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM) berikutan peningkatan kes Covid-19 di kawasan tersebut.

“Berikutan itu, prosedur operasi standard (SOP) yang akan digunakan di sini sama seperti PKPB di Seremban yang diumumkan semalam termasuk penutupan sekolah dan aktiviti sosial.

“Industri ekonomi berjalan seperti biasa mengikut SOP ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Menurut Ismail Sabri, sehingga semalam sebanyak 35 kes positif Covid-19 dicatatkan termasuk 11 kes baharu di mukim itu.

Berikutan itu, katanya, menerusi pelaksanaan PKPB itu membolehkan KKM melaksanakan saringan secara bersasar di kawasan itu.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan juga memutuskan untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Harmoni, Sandakan esok.

Katanya, ia selepas KKM mengesahkan tiada kes positif Covid-19 baharu direkodkan di kawasan itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here