Neelofa, PU Riz rancang nikah Mac 2021

0
499
Neelofa memeluk ibunya selepas majlis merisik hari ini

CYBERJAYA – Selebriti terkenal, Neelofa dijangka menamatkan zaman bujangnya bersama pendakwah terkenal, Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz pada penghujung bulan Mac tahun hadapan.

Memetik laporan Astro Awani, keputusan itu diambil selepas Neelofa menerima kunjungan keluarga PU Riz hari ini untuk majlis merisik.

Neelofa yang mengambil keputusan untuk memakai niqab baru-baru ini menerima sebentuk cincin sebagai tanda telah disunting oleh bekas peserta program agama Pencetus Ummah (PU) itu.

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran dalam laman Instagram ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed, beliau menunjukkan dua keping gambar yang mana salah satu gambar itu turut disertai PU Riz.

Sebelum ini, gosip mengenai pasangan tersebut bercinta tular di media sosial selepas kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor dan kawan baiknya, Rosix menerusi IG Story dan laman Youtube mereka memberikan ‘hint’ bahawa pasangan itu bercinta.

Bagaimanapun, Neelofa menafikan dirinya menjalinkan hubungan cinta bersama pendakwah bebas itu.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here