New Zealand: Ardern dan anggota Kabinet angkat sumpah hari ini

0
148
Ardern dan Kabinetnya pada upacara mengangkat sumpah di Government House di wellington, hari ini. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

WELLINGTON – Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern hari ini mengangkat sumpah memegang jawatan tersebut bagi penggal kedua setelah berjaya memenangi pilihan raya negara tersebut pada 17 Oktober lalu.

Menurut al-Jazeera, keputusan pilihan raya tersebut yang disahkan semalam, menunjukkan Ardern berjaya memenangi 50 peratus daripada undi yang dibuang.

Parti Buruh yang diwakili Ardern turut memenangi 65 kerusi daripada 120 kerusi di dalam Parlimen.

Kerajaan Ardern mempunyai 20 anggota Kabinet, dengan 8 daripadanya wanita.

“Secara mudahnya saya katakan, bahawa yang duduk di meja ini sekarang adalah Aotearoa New Zealand,” kata Ardern yang menggunakan istilah kaum Maori, sambil menunjukkan kepada anggota Kabinetnya.

“Pada masa ini, terdapat banyak cabaran yang kita perlu atasi bersama, tetapi saya yakin kita mempunyai pasukan yang cukup kuat untuk menghadapinya,” kata Ardern lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here