Ops Selat: 3 individu berbangsa Cina dicari SPRM

0
483
Tiga individu yang sedang dikesan oleh SPRM bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan
tiga individu bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan sindiket penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

Menurut SPRM, lelaki pertama, Clement Chen Wei Chien, 35, mempunyai alamat terakhir di 12A, Jalan Mandarina Second Enclave, 56000 Cheras, Kuala Lumpur dan No. 20 Canary Residensi, Jalan CH 5B, Taman Cheras, Hartamas Batu 9, 43200 Cheras, Selangor.

“Sementara itu lelaki kedua, Ong Bok Hay, 66, mempunyai tiga alamat terakhir iaitu di A-11-3 Villa Angsana Condo 56 Jalan Krian Off Jalan Ipoh, 51100 Kuala Lumpur; A-16-3A, One Sentul Condominium, Jalan Sentul Ria 1, 51000 Kuala Lumpur dan No. 10, USJ 3/4F Subang Jaya, 47600 Subang Jaya, Selangor,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, menurut kenyataan itu, SPRM turut mengesan seorang wanita, Ho Lei Kiow, 47, yang mempunyai alamat terakhir di No 76, Jalan Bukit Flora 3, Taman Bukit Flora, 83000 Batu Pahat, Johor.

Sehubungan itu, SPRM memohon kerjasama orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai ketiga-tiga individu ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Penolong Penguasa Amirul Ikhwan Selamat di talian 016-509 8947.

Baru-baru ini SPRM menahan 53 individu termasuk pegawai kanan imigresen dalam Ops Selat selepas didapati terlibat dalam penyalahgunaan pengesahan cap keluar dan masuk di sempadan utama negara.

Sindiket itu dipercayai membabitkan rangkaian aktiviti jenayah penyeludupan antarabangsa khusus dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here