Ops Selat: 4 lagi ditahan termasuk seorang pegawai imigresen

0
427
Sebahagian individu yang ditahan dalam Ops Selat kelmarin

CYBERJAYA – Sebanyak empat lagi individu termasuk seorang pegawai imigresen ditahan hari ini bagi membantu siasatan berhubung sindiket urusan khidmat cop sempadan.

Menurut Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Norazlan Mohd Razali, kesemua individu yang ditahan lewat petang semalam itu berumur antara 28 hingga 52 tahun.

Beliau berkata, antara yang ditahan termasuk tiga ejen pekerja asing.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 dan Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sindiket itu dipercayai membabitkan rangkaian aktiviti jenayah penyeludupan antarabangsa khusus dari China, Vietnam, Indonesia dan Bangladesh.

Sehingga hari ini, sebanyak 50 individu telah ditahan dalam Ops Selat membabitkan 28 pegawai imigresen, 17 ejen pekerja asing dan lima orang awam.

Dalam operasi itu, wang tunai berjumlah ebih RM800,000, 26 kereta mewah dan empat motosikal berkuasa tinggi turut dirampas.

Sementara itu, Norazlan berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi yang akan ditangkap susulan penahanan individu berkenaan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here