Paras air Sungai Tembeling semakin menaik

0
153
Paras air di Sungai Tembeling yang semakin menaik sehingga melimpah ke tebing. Kredit Facebook Skuad Bencana Jerantut

JERANTUT – Paras air di Sungai Tembeling di sini terus berada pada paras berjaga-jaga berikutan hujan berterusan yang melanda daerah tersebut semalam.

Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran Jerantut, pada pukul 6.30 pagi ini paras air sungai tersebut adalah setinggi 64 meter.

Menurut jabatan tesebut, paras normal ialah 60 meter dan bagi peringkat amaran dan berbahaya ialah masing-masing 66 dan 68 meter.

Dalam pada itu, paras Sungai Pahang dan Sungai Jelai masih berada pada paras normal meskipun air menaik setakat pagi tadi.

Paras air di Sungai Pahang dicatatkan setinggi 47.33 meter manakala Sungai Jelai pula pula 56.34 meter.

Dalam pada itu, berdasarkan perkongsian oleh Skuad Bencana Jerantut menerusi laman Facebook miliknya, Kampung Bantal di laluan utama Sungai Tembeling hampir ditelenggami air berikutan air yang mula naik.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here