Parlimen Batu Sapi diisytihar darurat

0
263
Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Istana Negara, petang tadi. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

CYBERJAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini mengisytiharkan darurat di Parlimen Batu Sapi, Sabah.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Al Sultan Abdullah bertitah, berikutan itu Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dibatal dan ditangguhkan demi keselamatan rakyat jelata dan kesejahteraan negara .

“Perkenan Seri Paduka Baginda ini setelah mengambil iktibar dan pengalaman dari
PRU Sabah ke-16 yang menjadi faktor utama gelombang ketiga penularan
Covid-19 di negara.

“Kementerian Kesihatan telah merekodkan peningkatan mendadak sehingga
148.4 peratus iaitu sebanyak 3,842 kes kumulatif pada 10 Oktober lalu, selepas dua
minggu dari hari mengundi.

“Kes positif harian Covid-19 terus meningkat secara mendadak dua minggu berikutnya dengan peningkatan sehingga 193.7 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -MT

Berita lanjut menyusul.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here