Pasukan khas selaras proses saringan pekerja Top Glove

0
61

CYBERJAYA- Kerajaan memutuskan untuk mewujudkan pasukan khas bagi menyelaras proses saringan ujian Covid-19, kuarantin dan penutupan kilang Top Glove di Klang, Selangor.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tindakan berkenaan diambil susu peningkatan jangkitan Covid-19 membabitkan pekerja syarikat berkenaan.

Ismail Sabri berkata, pasukan itu dianggotai Majlis Keselamatan Negara (MKN) Selangor, Jabatan Kesihatan Selangor, Pejabat Daerah Klang, Majlis Perbandaran Klang dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang.

“Secara keseluruhan, kilang berkenaan mempunyai 11,215 pekerja. Sehingga 24 November lalu, sebanyak 5,795 ujian saringan dilakukan dan 2,684 kes positif Covid-19 direkodkan.

“Sebelum ini, kita maklumkan sebanyak 28 kilang Top Glove akan ditutup secara berperingkat. Sehingga semalam, kita tutup 20 kilang dan hari ini, kita tutup tujuh lagi.

“Baki satu kilang akan ditutup dalam masa terdekat,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here