Peguam Maradona minta siasatan diadakan

0
176
MATIAS MORLA

BUENOS AIRES – Peguam Maradona akan meminta siasatan diadakan berhubung kematian lagenda bola sepak Argentina itu, sambil mengecam kelewatan pihak berkuasa kecemasan.

Menurut Reuters, Matias Morla memuat naik kenyataan tersebut di akaun Twitter miliknya.

“Masih tiada penjelasan kenapa rakan saya tidak mendapat perhatian atau pemeriksaan daripada pegawai yang dikhaskan untuk tujuan itu, selama 12 jam,” tulis Morla.

Maradona,60, meninggal dunia semalam di kediamannya di Tigre, Buenos Aires selepas mengalami kegagalan jantung.

Mendiang sedang berehat dan menjalani pemulihan setelah menjalani satu pembedahan bagi membuang ketulan darah di kepalanya pada awal bulan lalu.

“Ambulan hanya tiba selepas 30 minit. Ini merupakan satu ‘kebodohan’,” tambah Morla lagi.

Pada waktu ini, mayat Maradona ditempatkan di Istana Presiden (Casa Rosada) bagi menerima penghormatan orang ramai, dan akan dikebumikan hari ini di lokasi sama ibu bapanya dikebumikan di Jardin de Perez.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here