[VIDEO] Pemeriksaan kesihatan percuma di Malakat Mall

0
244
Kaunter pemeriksaan kesihatan yang disediakan oleh Malakat Pharmacy, di Malakat Mall, Cyberjaya.
Pemeriksaan kesihatan percuma di Malakat Mall

RAUDHAH CITY – Orang ramai yang berkunjung ke Malakat Mall berpeluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma yang ditawarkan Malakat Pharmacy setiap hari bermula dari pukul 10 pagi hingga 10 malam.

Champion Malakat Pharmacy, Anis Sabrina Azizuddin berkata, pihaknya menawarkan pemeriksaan tekanan darah dan kadar gula dalam badan (glukosa) sebagai menghargai pelanggan dan penyokong pusat beli belah itu.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh membuat pemeriksaan kolestrol dengan bayaran RM10 dan ujian lebih perincian kandungan kolestrol pada harga RM30.

“Kaunter pemeriksaan kesihatan ini beroperasi setiap hari di depan Malakat Pharmacy yang terletak di pintu masuk utama Malakat Mall (sebelah kaunter bayaran).

“Orang ramai boleh mendapatkan keputusan pemeriksaan kesihatan ini dalam masa 3 minit. Cuma kita nasihatkan orang ramai tidak mengambil apa-apa makanan dalam tempoh 9 hingga 12 jam untuk ketepatan ujian,” katanya ketika ditemui di sini hari ini. 

Anis Sabrina berkata, selain pemeriksaan, orang ramai juga disediakan khidmat rundingan ahli farmasi bertauliah mengenai pengambilan makanan tambahan dan diet yang betul bagi mencegah penyakit berpunca daripada masalah tekanan darah tinggi dan diabetes.

Orang ramai melakukan pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah.

Jelasnya, orang ramai digalakkan melakukan pemeriksaan kesihatan secara lebih kerap untuk mengesan risiko penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, serangan jantung, angin ahmar dan buah pinggang. 

Antara tanda-tanda awal adalah serangan katarak, pendarahan dalam mata yang boleh menyebabkan buta, kebas atau kehilangan deria rasa pada tangan dan kaki.

Selain tawaran itu, Malakat Pharmacy turut menawarkan promosi sehingga 50 peratus bagi barang-barang terpilih termasuk pakej bundle promo.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here