Perisik Israel bunuh pemimpin nombor dua al-Qaeda – The New York Times

0
202
Poster individu yang dikehendaki pihak AS dalam akhbar Pakistan, Jang, pada 2005. al-Masri merupakan individu dalam bulatan merah. – GAMBAR MEDIA SOSIAL

WASHINGTON – Pihak perisikan Israel dilaporkan telah membunuh pemimpin nombor dua kumpulan pengganas al-Qaeda di Iran pada Ogos lalu.

Menurut laporan The New York Times semalam, operasi tersebut dilaksanakan di atas permintaan Amerika Syarikat (AS).

Laporan tersebut menyebut, Abdullah Ahmed Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Abu Muhammad al-Masri ditembak oleh dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal di sebuah jalan di Tehran pada 7 Ogos lepas.

Anak perempuan Masri, yang merupakan balu kepada anak Osama bin Laden, dilaporkan turut terbunuh dalam insiden itu.

al-Masri dianggap sebagai salah seorang perancang insiden pengeboman kedutaan AS di Kenya dan Tanzania pada tahun 1998, yang mengorbankan 224 nyawa dan mencederakan 4,500 yang lain.

Sumber perisikan menyebut bahawa al-Masri, yang dianggap sebagai pengganti kepada pemimpin al-Qaeda sekarang, Ayman al-Zawahiri, ‘hidup dalam tahanan’ di Tehran, Iran sejak 2015.

Setakat ini, pembunuhan tersebut masih belum diumumkan secara rasmi oleh al-Qaeda, dengan pihak berkuasa tempatan difahamkan telah menutup kes berkenaan, dan tiada pihak yang mengaku bertanggung jawab terhadap insiden tersebut, kata Times lagi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here