Pencemaran Sungai Selangor: Lebih satu juta pengguna di 7 wilayah bakal terjejas

0
109
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Sebanyak 1,139,008 pengguna di 1,279 kawasan di tujuh wilayah akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula pukul 6 petang ini.

Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam satu kenyataan berkata, gangguan itu berikutan pencemaran sumber air mentah di Sungai Selangor.

“Gangguan bekalan air tidak berjadual ini melibatkan kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat bermula pukul 6 petang ini,” katanya.

Menurut Air Selangor, bagi mencairkan bahan pelarut yang menyebabkan pencemaran itu, pihaknya akan melepaskan sebanyak 300 juta liter air dari Empangan Sungai Selangor sehari dan 500 juta liter air dari Empangan Sungai Tinggi sehari.

Dalam pada itu, katanya, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) juga telah melepaskan air mentah melalui operasi pengepaman kolam KL Larut dengan kapasiti 192 juta liter air sehari dengan tujuan sama.

Petang tadi, LUAS memaklumkan telah mengesan pencemaran bau seakan-akan solvent di sungai tersebut.

Berikutan itu, Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 terpaksa dihenti tugas bermula tengah hari tadi.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here