Pengumuman pengeluaran simpanan Akaun 1 pada 18 November ini – KWSP

0
18878

CYBERJAYA – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan mengumumkan perincian mengenai pengeluaran wang simpanan daripada Akaun 1 pada 18 November ini.

Menurut KWSP dalam satu kenyataan hari ini, butiran mengenai kemudahan tersebut yang dinamakan sebagai i-Sinar sedang diperincikan lagi.

“Perincian yang sedang dilakukan pada waktu ini adalah hasil perbincangan bersama semua pemegang taruh,” kata KWSP dalam kenyataan tersebut.

“KWSP yakin jumlah (pengeluaran) i-Sinar bersama jumlah pengeluaran maksimum program i-Lestari boleh membantu ahli yang terjejas untuk menyara hidup mereka dalam jangka masa pendek,” kata kenyataan itu lagi.

Pada April lalu, KWSP telah memperkenalkan Program i-Lestari di mana para ahli boleh mengeluarkan maksimum RM500 sebulan daripada Akaun 2 mereka selama 12 bulan.

Kenyataan tersebut turut menyebut, permohonan bagi i-Sinar akan dibuka mulai Disember depan, dan jumlah yang dipohon akan dikreditkan ke akaun bank ahli mulai Januari 2021.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here