Penjawat awam di Terengganu terima RM800

0
120
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar

CYBERJAYA-Kerajaan negeri Terengganu hari ini mengumumkan pemberian insentif sebanyak RM800 kepada 13,600 penjawat awam di negeri berkenaan sebagai menghargai kerja keras dan kesetiaan mereka.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pembayaran insentif berkenaan akan dibuat pada Januari tahun hadapan.

Ahmad Samsuri berkata demikian ketika pembentangan Belanjawan Terengganu 2021 dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu Ke-14 di Wisma Darul Iman, hari ini.

Dalam pembentangan itu, Ahmad Samsuri turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM1.37 bilion bagi perbelanjaan mengurus dalam Belanjawan 2021 dengan pengurangan kira-kira 25 peratus berbanding tahun lalu.

”Langkah pengurangan itu terpaksa dibuat susulan penyusutan anggaran hasil kepada RM1.25 bilion pada 2021 berbanding RM1.66 bilion tahun ini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here