Perjanjian pembelian vaksin Pfizer terbatal jika tidak berdaftar dengan FDA, NPRA

0
138
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Malaysia akan membatalkan perjanjian dengan syarikat Pfizer sekiranya vaksin yang dikeluarkan mereka gagal didaftarkan dengan Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) atau Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan.

Perkara itu ditegaskan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

“Perjanjian dengan syarikat vaksin Pfizer akan terbatal jika vaksin tersebut gagal didaftarkan dengan FDA atau NPRA,” katanya dalam satu hantaran menerusi laman Facebook mililknya hari ini.

Semalam, kerajaan mengumumkan telah menandatangani perjanjian dengan Pfizer bagi menjamin perolehan vaksin Covid-19 keluaran syarikat farmaseutikal itu bagi 6.4 juta rakyat Malaysia.

Bagaimanapun, vaksin itu akan diberikan kepada rakyat jika ia terbukti selamat dan berkesan.

Data awal vaksin itu setakat ini menunjukkan tahap keberkesanan setinggi 95 peratus setelah melalui ujian klinikal fasa ketiga ke atas 43,998 orang di seluruh dunia meliputi kanak-kanak seawal 12 tahun sehingga warga emas berusia 85 tahun.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here