Permohonan i-Sinar dibuka mulai pertengahan bulan hadapan – KWSP

0
234

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan, para ahli yang layak boleh mula memohon untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1 mereka dibawah program i-Sinar mulai pertengahan bulan hadapan.

Bayaran pertama akan mula dibuat setelah sebulan permohonan ahli diterima.

Menurut kenyataan KWSP, butiran mengenai i-Sinar akan dibentangkan dengan lebih lengkap pada minggu hadapan.

“Antara lain, butiran ini mencakupi syarat kelayakan ahli bagi mengeluarkan simpanan mereka,” kata kenyataan tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here