
SEPERTI kapal Titanic yang gagal mengelak bongkah ais kerana penglihatan terhad di dalam kabus, kita juga sekarang berada di situasi yang sama.
Lebih 800,000 orang telah kehilangan pekerjaan sejak Covid19 melanda negara kita.
Dan satu juta orang lagi berisiko tinggi untuk hilang mata pencarian dalam masa terdekat. Menurut pakar ekonomi Steven J.Davis dari Universiti Chicago, 42 peratus daripada mereka yang hilang kerja disebabkan pandemik Covid19 ini akan hilang pekerjaan terus tanpa berupaya mendapat pekerjaan baharu.
Melihat data-data ekonomi dunia, kemelesetan ekonomi dunia yang tidak pernah kita lihat dalam sejarah moden manusia sedang dan akan berlaku menjadi lebih parah dari ‘The Great Depression 1929’.
Yang lebih mudarat apabila 90 peratus daripada kita terikat juga dengan hutang riba yang hanya akan menjadikan kita ‘bankrap’ apabila kita hilang kemampuan membayar setiap bulan selepas moratorium tamat.
Seperti yang kita sedia maklum 72 peratus orang Melayu tidak mempunyai aset kewangan.
Maknanya kebanyakan kita hanya mampu menyewa rumah. Apabila hilang pekerjaan mereka akan hilang keupayaan untuk membayar sewa rumah.
Mereka yang masih lagi bekerja pun banyak yang terpaksa dikurangkan gaji mereka kerana pendapatan majikan mereka sudah jatuh merudum.
NASIHAT SAYA KEPADA ANDA
Kepada yang masih ada tanah pusaka dan kampung yang boleh mereka kembali dan tinggal di sana, nasihat yang terbaik yang boleh saya beri adalah bersedia untuk pulang ke kampung dan tinggal di sana.
Kepada yang berkeluarga harus bersedia mengurangkan belanja yang tidak perlu dan menyediakan pelan kehidupan asas keluarga khususnya makanan yang dapat dihasilkan sendiri.
Kepada yang tiada tanah, mungkin boleh menyertai saya di dalam projek Muslim Village yang akan menempatkan kehidupan ‘Tiny House’ dalam projek ‘Agro Living’ di Tapah, Perak.
Kepada yang masih belum terjejas pendapatan mereka, jangan mengambil pinjaman riba. Berusaha untuk menyelesaikan hutang-hutang riba dan cari peluang untuk membina pelan mendapatkan makanan asas apabila keadaan memerlukan nanti.
MARI KEMBALI KEPADA MAKSUD HIDUP SEBENAR
Berhentilah mengejar ‘American Dream’ yang telah ditanam dalam minda dan hati kita puluhan tahun lamanya. Orang Amerika sendiri lebih 80 peratus telah ditipu dan tertipu.
Manfaatkan sedikit yang kita ada untuk kembali kepada Allah dan taat setaat-taatnya kepada-Nya dengan mengikuti cara Rasulullah SAW!.
Kejayaan hidup hanyalah mampu dicapai dengan kejayaan mengamalkan agama yang sempurna. Kita harus terus berusaha untuk berusaha memperbaiki Iman kita dengan memperbaiki amal kita.
Kita wajib memahami kerja utama yang juga maksud hidup kita sebagai penerus misi kenabian mengajak manusia untuk taat kepada Allah ikut cara Rasulullah SAW.
APAKAH PELAN TINDAKAN KITA?
Berikut adalah senarai 11 tindakan utama yang perlu anda lakukan sebelum keadaan ekonomi menjadi lebih parah:
PELAN TINDAKAN 1-30 HARI
Kembali atau oerkuatkan hubungan dengan Allah dengan memperbanyakkan rintihan, tangisan menyesali dosa yang kita yang telah kita lakukan selama ini terutamanya dosa riba!
Mulakan 5 Amalan Rumah:
Taklim dan Taklum (bacaan kitab) keluarga
Halaqah al-Quran,
Muzakarah enam sifat sahabat,
Mesyuarah harian keluarga
Tashkil – ajak ahli keluarga atau sediakan mereka untuk berdakwah.
Senaraikan aset dan liabiliti (pinjaman) yang kita ada. Kira jumlah riba yang kita bayar setiap bulan/tahun.
Niat dan bertaubat nasuha untuk keluar daripada sistem riba ini.
Infaq ke tabung Noriba.io sebagai usaha pertama untuk keluar daripada riba.
Daftar segera untuk menjadi ahli KoPPIM yang sedang secara aktif berniaga didalam industri strategik kehidupan. Daftar www.koppim.com.my.
Gunakan kuasa anda sebagai pengguna dengan memindah perbelanjaan runcit anda ke Malakat Grocer bagi membantu membina ekosistem ekonomi Islam untuk semua.
PELAN TINDAKAN 30 – 90 HARI
Cuba jual mana-mana aset yang terikat dengan pinjaman riba, untuk jualan rumah boleh layari perkhidmatan oleh www.malakatproperties.com.
Cuba langsaikan pinjaman-pinjaman riba termasuk pinjaman peribadi, pinjaman ASB, pinjaman pelajaran secepat mungkin.
Boleh layari www.noriba.io untuk bantuan pinjaman semula hartanah (refinancing) daripada panel bank Islam.
PELAN TINDAKAN 90 – 180 HARI
Bina pelan sekuriti keluarga dengan memastikan kita mempunyai rumah dan tempat tinggal yang mempunyai sumber makanan asas yang tidak terikat dengan hutang riba.
Cari peluang dalam sistem ekonomi Islam untuk memiliki perniagaan dalam perniagaan keperluan asas seperti pembekalan makanan (kedai runcit), farmasi, kedai DIY atau kiosk makanan. (untuk memohon membuka Malakat Grocer sila isi disini http://bit.ly/PermohonanMalakatGrocer )
PELAN TINDAKAN 180 HARI – 360 HARI
Kepada yang tiada tanah pusaka, boleh sertai kami membina ‘Muslim Village’ dengan menyertai Telegram Group di t.me/MuslimVillageMalaysia.
Oleh: Coach Fadzil Hashim (Pendakwah Allah, Pengasas Brainy Bunch dan Malakat Mall)
PENAFIAN: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Malakat Tribune