Pesakit Covid-19 lari dari hospital ditahan semula

0
100
Gambar media sosial.

TANJUNG MALIM – Seorang pesakit (Covid-19) dengan enam rekod jenayah yang melarikan diri dari Hospital Slim River semalam berjaya ditahan semula selepas lebih satu jam hilang.

Tindakan lelaki berusia 29 yang sepatutnya dibebaskan hari ini itu mengundang padah apabila dia ditahan dan akan didakwa di bawah Seksyen 186 dan 269 Kanun Keseksaan serta 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, individu yang dipakaikan gelang positif Covid-19 berwarna biru muda itu dijumpai semula sepasukan anggota ronda Cegah Jenayah Balai Polis Slim River di kawasan Bandar Baru berhampiran stesen minyak di Slim River kira-kira jam 6 petang.

“Sepasukan petugas kesihatan yang lengkap berpakaian perlindungan peribadi (PPE) datang mengambilnya untuk dibawa semula ke Hospital Slim River.

“Maklumat terkini hasil saringan Covid-19 terhadap lelaki tersebut disahkan negatif,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Sulizmie Affendy, semakan rekod mendapati lelaki warganegara itu mempunyai enam rekod jenayah lampau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here