Pihak berkuasa geledah rumah, pejabat doktor yang bedah Maradona

0
107
DR. LEOPOLDO LUQUE

BUENOS AIRES – Pihak berkuasa mula menggeledah rumah dan pejabat doktor yang membedah mendiang Maradona bagi menyiasat kemungkinan wujud unsur kecuaian dalam kematian lagenda bola sepak tersebut.

Menurut laporan Sky News, arahan tersebut dikeluarkan oleh pejabat pendakwaraya “berdasarkan bukti yang yang dikumpulkan, kami mempunyai alasan kuat untuk menggeledah kediaman dan pejabat Dr. Leopoldo Luque.”

Difahamkan, pasukan penyiasat sedang cuba untuk mendapatkan rekod penuh perubatan mendiang.

Sementara itu, menurut Dr. Luque, beliau ada memberikan nasihat supaya mendiang terus menerima rawatan di hospital sejurus menjalankan pembedahan dan menambah, dia tidak bertanggung jawab terhadap segala bentuk rawatan susulan.

“Saya hanyalah seorang pakar bedah neuro, dan tugas saya sudah selesai (apabila pembedahan dijalankan).”

Sebelum kematiannya, Maradona dimasukkan ke hospital setelah menunjukkan tanda mengalami depresi, dan kemudiannya menjalani satu pembedahan bagi membuang ketulan darah pada otaknya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here