PKPB di Kedah, Johor, Melaka, Terengganu ditamatkan esok

0
187
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kedah, Terengganu, Melaka dan Johor akan ditamatkan lebih awal berikutan penurunan kes Covid-19 di negeri tersebut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, berikutan itu PKPB di negeri-negeri itu akan berakhir esok.

Bagaimanapun katanya, beberapa daerah iaitu Kulim, Kedah dan daerah Kota Tinggi dan Mersing, Johor masih diteruskan PKPB berikutan kenaikan kes Covid-19 di daerah tersebut.

“Walaupun PKPB di negeri-negeri ini ditamatkan, ia masih tertakluk di bawah prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berkuatkuasa di seluruh negara,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Kerajaan sebelum ini menguatkuasakan PKPB di seluruh Semenanjung kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis kira-kira dua minggu lalu bagi mengawal penularan wabak tersebut.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here