PKPB di Kuching tamat hari ini

0
42

CYBERJAYA- Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di daerah Kuching, Sarawak yang dikuatkuasakan sejak 9 November lalu ditamatkan hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat mendapat nasihat Kementerian Kesihatan berhubung status penularan kes di daerah tersebut.

“Sehingga kini Kementerian Kesihatan memaklumkan bahawa baki kes aktif di daerah tersebut telah menunjukkan trend penurunan dan terkawal.

“Mesyuarat Sidang Khas bersetuju menamatkan PKPB di daerah Kuching pada hari ini seperti mana yang dijadualkan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Sementara itu katanya, operasi pasar harian di kawasan perintah PKPB dilanjutkan sehingga pukul 4 petang bermula esok berbanding 2 petang sebelum ini.

Katanya, keputusan itu diambil selepas mengambil kira keperluan penduduk setempat yang merayu supaya diberi tambahan masa untuk memudahkan mereka melakukan pembelian.

“Kita beri tambahan masa dua jam di pasar awam di kawasan PKPB namun anggota RELA mesti mengawal pasar berkenaan supaya pematuhan SOP dilaksanakan dengan baik,” katanya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here