PKPB di Tongkang Pechah bermula 29 Disember

0
185


CYBERJAYA – Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Tongkang Pechah, Batu Pahat, Johor bermula 29 November sehingga 13 Disember ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan berkenaan dibuat selepas sebanyak 56 kes positif Covid-19 dikesan di kawasan tersebut selepas 672 ujian saringan dilakukan.

 “Ketika ini terdapat 302 sampel yang
masih menunggu keputusan. PKPB ini akan melibatkan sebanyak 16,300 penduduk di kawasan-kawasan Bandar Putera Indah, Lorong 7 hingga 10, Batu 7 dan Kampung Mohd Nor.

“Pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan melaksanakan saringan secara bersasar dan untuk mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti di kawasan ini,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here