PKPB: Saingan suku akhir Piala Malaysia ditangguhkan

0
432
Pemain Pulau Pinang meraikan jaringan gol ketika perlawanan menentang Felda United Jumaat lalu

CYBERJAYA – Perlawanan suku akhir bagi Piala Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada minggu ini akan ditangguhkan kepada satu tarikh lain sehingga penularan Covid-19 dapat dikawal.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu diambil berikutan penularan wabak Covid-19 di samping Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa di seluruh negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan bermula hari ini.

“Pertandingan bola sepak walaupun tiada penonton, mereka akan ada sentuhan daripada pemain. Itu lebih berbahaya kerana mereka berpeluh jadi bersentuhan itu dianggap lebih berbahaya.

“Jadi Kementerian Kesihatan menganggap ia berbahaya dan negeri-negeri lain ada PKPB, maka kerajaan membuat keputusan, kita bersetuju Piala Malaysia ditangguhkan ke tarikh lain,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, pertandingan akan kembali seperti biasa meskipun tanpa penonton selepas rantaian wabak itu dapat diputuskan.

Sejak Jumaat minggu lalu, saingan bagi Piala Malaysia membuka tirainya semula pada tahun ini.

Selepas berakhirnya saingan pusingan pertama itu yang dibuat secara kalah mati, sebanyak lapan pasukan mengesahkan tiekt untuk perlawanan suku akhir.

Pasukan yang layak ke pusingan seterusnya ialah Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Perak, UiTM, Johor Darul Ta’zim dan Terengganu FC.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here