PKPD di dua kawasan di Kedah dan Sabah

0
195

CYBERJAYA- Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di kawasan taman perumahan di Mukim Sungai Seluang, Kulim di Kedah dan di Taman Telipok Ria di Tuaran, Sabah.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan PKPD selama 14 hari itu akan berkuat kuasa bermula Jumaat ini sehingga 10 Disember depan.

Beliau berkata, bagi Mukim Sungai Seluang, Kementerian Kesihatan sudah menjalankan 197 ujian saringan secara bersasar dengan 50 kes positif Covid-19 direkodkan.

“Berdasarkan penilaian risiko dan nasihat Kementerian Kesihatan, sidang khas hari ini bersetuju melaksanakan PKPD di taman-taman perumahan di Mukim Sungai Seluang, Kulim selama 14 hari bermula 27 November hingga 10 Disember ini.

“Pelaksanaan PKPD ini membabitkan 1,412 rumah dengan anggaran 6,000 penduduk,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mengenai Taman Telipok Ria di Tuaran pula, beliau memaklumkan PKPD itu akan membabitkan kawasan seluas 229,459 meter persegi meliputi 3,400 unit rumah dan 18,000 penduduk.

“Sehingga 22 November lalu, Kementerian Kesihatan sudah melaksanakan 2,609 saringan dan merekodkan 253 kes positif Covid-19.

“Sehingga kini, terdapat 581 sampel saringan yang masih menunggu keputusan. Atas nasihat dan penilaian risiko KKM, sidang khas bersetuju untuk laksana PKPD di lokaliti terbabit,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here