Presiden Kosovo letak jawatan bagi hadapi tuduhan jenayah perang

0
158
HASHIM THACI

PRISTINA – Presiden Kosovo, Hashim Thaci meletak jawatan hari ini bagi menghadapi tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di sebuah mahkamah khas di The Hague, Belanda.

Menurut laporan agensi DW, Thaci, yang merupakan salah seorang daripada ketua kumpulan gerila sewaktu perang menuntut kemerdekaan daripada Serbia, meletak jawatan ‘bagi memelihara integriti kepimpinan Kosovo’.

Selain Thaci, turut meletak jawatan adalah Pengerusi Parti Demokratik, Kadri Veseli, yang turut dinamakan di dalam tuduhan mahkamah antarabangsa tersebut.

Menurut tuduhan tersebut, Thaci, Veseli dan beberapa individu lagi telah ‘melaksanakan lebih 100 pembunuhan’ dan pelbagai lagi kekejaman ‘ke atas etnik Albania, Serbia, dan lain-lain’ termasuk musuh politik mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here