Remaja wanita maut disamun

0
514
Anggota polis di rumah mangsa di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu. Foto :PDRM

TERENGGANU – Seorang remaja perempuan ditemui mati di ruang tamu rumahnya dengan putus pergelangan tangan dalam kejadian dipercayai samun bersenjata di Kampung Lubuk Batu, Telemong di sini hari ini. 

Mayat mangsa, Siti Nor Surya Ismail, 19, ditemui adik bongsunya kira-kira 2.30 petang selepas tidak hadir menjemput adiknya di sekolah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Assisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada pukul 9.30 pagi itu, mangsa yang menjaga ibunya pengidap kanser otak ditemui dengan beberapa kesan cedera akibat tetakan.

“Hasil siasatan mendapati mangsa dibunuh dengan senjata tajam dan dipercayai dirompak kerana sejumlah wang bernilai ratusan ringgit, dua beg tangan serta dua telefon bimbit telah hilang,” katanya kepada pemberita hari ini.

Siti Nor Surya Ismail

 Bapa mangsa, Ismail Muda, berkata, mangsa yang merupakan anak kelima daripada tujuh beradik sentiasa berada di rumah kerana menjaga isterinya yang sakit dan terlantar sejak tujuh tahun lalu. 

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here