Ribuan penyokong Trump di troll di media sosial

0
342
GAMBAR HIASAN

LONDON – Ribuan penyokong Donald Trump berjaya diperdaya untuk menyertai sebuah group di laman Facebook yang pada mulanya dianggap pro-Trump, namun bertukar kepada ‘Gay Communists for Socialism’.

Menurut The Guardian, pada asalnya, sebuah group dengan nama ‘Stop the Steal’ (Hentikan Pencurian) diwujudkan, namun group tersebut dinyahaktifkan oleh Facebook kerana ia merujuk kepada tuduhan liar Trump beberapa hari lalu bahawa lawannya daripada Parti Demokrat, Joe Biden ‘mencuri’ undi.

Kemudian, satu lagi group baru dengan nama yang sama diwujudkan, lalu menjadi tumpuan pengguna daripada group awal yang dinyahaktifkan itu.

Namun, tidak sampai 24 jam kemudian, group tersebut ditukar nama kepada ‘Gay Communists for Socialism’ (Komunis Gay menyokong Sosialism).

Tambah The Guardian lagi, maklumbalas yang diterima daripada salah seorang pengendali group tersebut menyebut, kewujudan group ini adalah satu operasi yang dirancang untuk menghasut maya pendokong fahaman konservatif.

Pengendali tersebut turut menambah, setakat ini, group tersebut sudah mempunyai seramai 60,000 ahli, dan mereka mempunyai sebanyak 20,000 permintaan penyertaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here