RM300 untuk semua petugas barisan hadapan

0
200


CYBERJAYA- Kerajaan bersetuju memperluaskan pemberian bantuan secara ‘óne-off’ sebanyak RM300 kepada semua petugas barisan hadapan termasuk anggota polis dan tentera.

Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, keputusan itu diambil selepas mengambil kira pandangan semua pihak dan mendengar cadangan ramai ahli Parlimen yang berbahas.

“Pada hari itu Belanjawan 2021 (pembentangan) kita hanya mengumumkan bantuan ‘one-off’ RM500 kepada petugas Kementerian Kesihatan sahaja.

“Tetapi kita telah memperluaskan lagi dan memberi bantuan ini kepada semua petugas barisan hadapan sebanyak RM300,” katanya di Dewan Rakyat hari ini

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here