RON95 dan RON97 naik tiga sen, diesel naik empat sen

0
109

CYBERJAYA- Harga runcit bagi petrol RON95 dan RON97 masing-masing naik tiga sen bermula pada tengah malam ini.

Harga RON97 naik daripada RM1.94 seliter kepada RM1.97 seliter dan  harga RON95 naik daripada RM1.64 seliter kepada RM1.67 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, harga runcit diesel pula naik empat sen daripada RM1.81 seliter kepada RM1.85 seliter.

“Kenaikan ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

“Harga runcit produk petroleum ini bagi tempoh 28 November sehingga 4 Disember 2020,” kata kementerian itu dalam kenyataannya hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here