Covid-19: Rusia dakwa vaksin 95 % berkesan

0
158
Gambar hiasan.

MOSCOW – Rusia mengumumkan vaksin Covid-19 yang dihasilkan, Sputnik V sudah mencapai tahap 95 peratus keberkesanan setara dengan dua vaksin yang diumumkan baru-baru ini.

Pengumuman itu bagaimanapun dikatakan diragui pelbagai pihak ekoran kekurangan sokongan data saintifik dan menyebabkan beberapa persoalan mengenai  keberkesanan vaksin berkenaan tidak terjawab.

Pengumuman itu sebaliknya dilihat sebagai susulan balas kepada pengumuman beberapa vaksin utama iaitu Pfizer/ BioNTech and Moderna dan AstraZeneca baru-baru ini. 

Sputnik V diumumkan sebagai vaksin Covid-19 pertama pada Ogos lalu oleh Presiden Vladimir Putin selepas suntikan yang diterima anak perempuannya sendiri.

Pusat Pengembangan Vaksin di Pusat Gamaleya di Moscow dalam satu kenyataan semalam mendedahkan Sputnik V mencapai kejayaan 95 peratus dalam percubaan klinikal dan berkesan 42 hari selepas dos diberikan. 

Penilaian itu dibuat berdasarkan percubaan ke atas 18,794 sukarelawan yang menerima dos pertama dan kedua vaksin tanpa kesan-kesan sampingan yang buruk kecuali sebahagian kecil yang mengalami selesema.

Vaksin Sputnik V dijangka dipasarkan pada harga di bawah AS20 dolar untuk dua dos menjadikannya vaksin Covid-19 termurah di pasaran.

Berbeza dengan pembekalan vaksin Pfizer, vaksin Rusia itu dikatakan dapat disimpan pada suhu peti sejuk sekaligus mengurangkan kos penyimpanan dan logistik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here