
TEHRAN – Seorang saintis yang dianggap sebagai ‘bapa nuklear Iran’ dilaporkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan setelah diserang di sebuah bandar berhampiran Tehran.
Menurut portal The Guardian, saintis tersebut yang dikenal pasti sebagai Mohsen Fakhrizadeh, mengalami cedera parah selepas di serang oleh 4 orang lelaki bersenjata di bandar Absard, kira-kira 70km dari ibu negara Iran.
Fakhrizadeh, bagaimanapun, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Setakat ini belum ada pihak yang mengaku bertanggung jawab melakukan serangan tersebut.
Difahamkan, pengawal peribadi Fakhrizadeh turut tercedera dalam serangan tersebut.
Fakhrizadeh merupakan seorang saintis fizik di Universiti Imam Hussein, dan merupakan seorang brigadier jeneral dalam Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).
Pada 2018, Fakhrizadeh telah dinamakan sebagai pengarah projek senjata nuklear Iran oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu pembentangan yang disiarkan di televisyen di Israel.