Salah positif Covid-19

0
36
SALAH

KAHERAH – Pemain Liverpool, Mohamed Salah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian keduanya, semalam.

Menurut portal DailyMail, perkara tersebut disahkan oleh Persatuan Bola Sepak Mesir (FA Mesir) yang turut berkata, Salah tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan.

“Pada waktu ini, Salah sedang dikuarantin dan menerima rawatan di Mesir,” kata persatuan tersebut dalam satu kenyataan.

Laporan media turut menyebut, Salah kembali ke kampung halamannya bagi meraikan majlis perkahwinan adiknya pada awal minggu lalu, dan menghadiri majlis anugerah bola sepak yang dianjurkan oleh FA Mesir.

Salah menjadi pemain Liverpool keempat yang didapati positif, selepas Kostas Tsimikas, Thiago Alcantara dan Sadio Mane.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here